PETALING JAYA: Badan Siasatan Bebas Pasukan Harimau Malaya mendapati kekurangan keharmonian dengan wujudnya pecahan dalam pasukan kebangsaan, menjadi antara faktor prestasi hambar di Piala AFF 2020 di Singapura.
Pengerusi badan siasatan itu Datuk Dell Akbar Khan berkata pemain skuad Harimau Malaya mempunyai tiga 'puak' ketika di Singapura, iaitu berpecah mengikut kumpulan pemain tempatan, naturalisasi dan warisan.
Siasatan itu turut merungkai bahawa persiapan singkat pasukan yang jelas tidak cukup, iaitu hanya sehari latihan pusat yang lengkap sebelum bertolak ke Singapura, turut menjadi punca kegagalan dan tersingkir seawal peringkat kumpulan.
Ia berikutan jadual Piala Malaysia 2021 yang berlangsung sehingga 30 Nov, iaitu hanya enam hari sebelum sepak mula aksi sulung menentang Kemboja pada 6 Dis.
Dell Akbar berkata ia merupakan antara 10 dapatan badan siasatan itu, selepas menemuduga beberapa pihak termasuk pengurusan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), barisan kejurulatihan dan pemain, selain turut mengakui mengalami kekangan masa dan menerima laporan yang tidak lengkap, terutama melibatkan bahagian teknikal.
Dell Akbar yang merupakan bekas Setiausaha Agung FAM dan pemain kebangsaan, turut sedih apabila bekas jurulatih Harimau Malaya Tan Cheng Hoe tidak dapat hadir ke sesi temu duga, dan hanya dapat menghubunginya menerusi telefon.
"Kami mendapati Cheng Hoe tidak mendapat sebahagian besar khidmat pemain utama kerana beliau beranggapan tidak dapat memanggil beberapa pemain utama daripada beberapa kelab, manakala jawapan daripada Presiden FAM Hamidin Mohd Amin pula bercanggah dengan jurulatih yang berkata boleh mendapatkan mana-mana pemain.
"Satu lagi dapatan kita ialah penetapan sasaran yang dilakukan secara sendirian atau 'silo' oleh pengurus pasukan (Datuk Mohd Yusoff Mahadi), yang menjadi satu bentuk tekanan kepada pasukan kejurulatihan dan pemain," katanya pada sidang media di Wisma FAM di sini, hari ini.
Beliau berkata badan siasatan bebas mendapati kehadiran pemain naturalisasi, Guilherme de Paula tidak memberikan impak yang besar kepada skuad Harimau Malaya di Piala AFF, yang saingannya lebih intensif berbanding liga domestik.
Kelemahan lain yang ditegur ialah kemampuan pemain yang tidak dapat bersaing di peringkat antarabangsa, percaturan taktikal, kekurangan pasukan sokongan seperti sains dan perubatan sukan, serta kebajikan pemain.
Dell Akbar juga menggariskan 10 cadangan penambaikan (cadangan) untuk pertimbangan FAM supaya kegagalan itu tidak berulang pada masa hadapan.
Ia termasuk menetapkan tempoh minimum 14 hari latihan pusat untuk menghadapi Piala AFF, menyediakan templat laporan yang lebih komprehensif, pelan kontigensi untuk menangani pandemik COVID-19 dan memastikan MFL menyesuaikan jadual liga dengan jadual pasukan kebangsaan.
Mereka juga mencadangkan untuk mewujudkan pasukan prestasi tinggi yang terdiri daripada kakitangan teknikal, sains dan perubatan sukan, penganalisa serta pegawai statistik, seperti yang digunakan di luar negara untuk meningkatkan prestasi pasukan secara lebih berstruktur dan berdasarkan bukti.
"Kita juga berpendapat bahawa tidak perlu meneruskan amalan pelantikan pengurus pasukan dalam kalangan pegawai FAM, jawatan itu seharusnya diberikan kepada ketua jurulatih. Jawatan Ketua Delegasi sebaliknya boleh diperkenalkan jika perlu, dan terhad bagi tugas-tugas acara rasmi sahaja," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 21 2022
Pengerusi badan siasatan itu Datuk Dell Akbar Khan berkata pemain skuad Harimau Malaya mempunyai tiga 'puak' ketika di Singapura, iaitu berpecah mengikut kumpulan pemain tempatan, naturalisasi dan warisan. - Foto BERNAMA
Uniknya sub etnik Dusun Tatana
Mungkin masih ramai yang belum mengenali kepelbagaian sub etnik yang wujud dalam suku kaum Kadazan, Dusun, Murut, dan Rungus (KDMR) di Sabah.
AWANI Tonight: 30 May 2024
#AWANITonight with @cynthiaAWANI
1. Google pledges RM9.4 bil investment in Malaysia
2. Improving Malaysia's approach to geriatric care
#AWANIEnglish #AWANINews
1. Google pledges RM9.4 bil investment in Malaysia
2. Improving Malaysia's approach to geriatric care
#AWANIEnglish #AWANINews
Negara Islam utamakan keuntungan ganggu usaha boikot - BDS Malaysia
Negara-negara Islam yang mengutamakan keuntungan ekonomi domestik menjadi punca usaha boikot terhadap ekonomi Israel sukar mencapai objektifnya.
Boikot hanya sehingga syarikat hentikan sumbangan kepada Israel - Pensyarah UIAM
Kempen boikot yang dijalankan ketika ini mesti bersandarkan kepada prinsip pemulauan yang jelas.
AWANI 7:45 [30/05/2024] - Google labur RM9.4 bilion | Haluan salah sebab nahas | Beli buku yang disarankan
- Google labur 9.4 bilion di Malaysia, wujud 26,000 pekerjaan
- Kesilapan haluan punca utama tragedi helikopter TLDM
- Baucar buku RM100 diteruskan, tetapi ada garis panduan
- India panas melampau, rekod suhu lebih 50 darjah celsius
- Kesilapan haluan punca utama tragedi helikopter TLDM
- Baucar buku RM100 diteruskan, tetapi ada garis panduan
- India panas melampau, rekod suhu lebih 50 darjah celsius
Korea Selatan rancang mendarat di bulan pada 2032, kibar bendera di Marikh 2045
Yoon mengumumkan bahawa Korea Selatan akan berusaha merealisasikan projek angkasa lepas untuk menghantar kenderaan penerokaan angkasa lepas ke bulan menjelang 2032.
Ringgit ditutup tinggi sedikit berbanding dolar AS
Ringgit ditutup tinggi sedikit ketika pasaran menunggu data inflasi Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) dan laporan indeks harga Perbelanjaan Penggunaan Peribadi (PCE) untuk April.
Bursa Malaysia ditutup rendah seiring prestasi serantau
Bursa Malaysia mencatat penyusutan kecil ketika mengakhiri dagangan Khamis, seiring dengan prestasi pasaran serantau yang lemah menjelang pengumuman data ekonomi Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat.
Boikot hanya sehingga syarikat hentikan sumbangan kepada Israel - Pakar
Pensyarah Kanan Jabatan Pengajian Quran Sunnah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr. Abu Hafiz Salleh Hudin berkata kempen boikot yang dijalankan ketika ini mesti bersandarkan kepada prinsip pemulauan yang jelas. Katanya, boikot terhadap syarikat-syarikat yang menyokong Israel ini mesti dihentikan selepas sumbangan kepada entiti zionis dihentikan. #DialogTigaPenjuru
Boikot syarikat berkaitan Israel walaupun produk ditawarkan terbaik dalam industri – CEO YADIM
Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Zamri Zainal Abidin berkata prinsip boikot terhadap Israel adalah jelas iaitu memboikot semua entiti yang ada kaitan dengan Israel secara keseluruhan. Jelasnya, boikot ini mesti diteruskan meskipun terhadap syarikat yang menawarkan perkhidmatan atau produk dengan kualiti terbaik dalam industri. #DialogTigaPenjuru
Skuad Harimau Malaya kurang keharmonian, wujud budaya berpuak - Dell
Badan Siasatan Bebas Pasukan Harimau Malaya mendapati kekurangan keharmonian dengan wujudnya pecahan dalam pasukan kebangsaan, menjadi antara faktor prestasi hambar di Piala AFF 2020 di Singapura.
FAM umum pengganti Cheng Hoe hari ini
Beberapa calon dari dua negara gergasi Asia - Korea Selatan dan Jepun - dilaporkan menjadi pilihan FAM.
Dell Akbar ketuai Badan Siasatan Bebas Harimau Malaya - Hamidin
Bedah siasat laporan prestasi pasukan kebangsaan pada Piala AFF 2020 di Singapura baru-baru ini, bakal dilaksanakan oleh Badan Siasatan Bebas Pasukan Harimau Malaya diketuai oleh Dell Akbar Khan.